Sunday, May 29, 2011

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH



Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

*

Bilakah Istiwa A'zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
*

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas

WAllahu Ta'ala A'lam.

Saturday, May 28, 2011

Kata-Kata Hikmah Khulafa' Ur Rasyidin

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: 
1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; 
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; 
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna 

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya 
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina 
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya 
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga 

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: 
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 
1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) 
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu' 
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia- sia 
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya 
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' 
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi 
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki 
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan 
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Sunday, March 6, 2011

Saturday, January 22, 2011

PERBEZAAN TV PLASMA,LCD DAN LED....

PERBEZAAN TV PLASMA,LCD DAN LED....


Hasil pencarian saya kat google maka boleh la dibuat sedikit rumusan dan perbandingan sikit....
lepasni tak ada la keliru lagi dengan ketiga2 jenis tv tersebut....




TV PLASMA......
Screen buat dari kaca.
Berat sket tapi selamat.
Kalau ada budak kecik, kena baling dengan mainan pun possibility utk pecah tu kurang.
Harga murah sket dari LCD.
- Burn in,masalah ni kalau bila tv kita mainkan imej statik terlalu lama,contohnya logo tv kat atas skrin tu bila terlalu lama sampai ada bekas kat situ.
- Life span, ada jangka masa sebelum plasma tv korang jadi kurang cerah sehingga 50% dari asal.( Dalam selepas 17 tahun ).
- Skrin silau,terutama kalo korang letak tv ni berhampiran sumber cahaya macam tingkap ke.tapi xjadi hal...sebab tv crt pun sama je camni...
Teknologi TV plasma pada asasnya adalah berdasarkan kepada mentol lampu neon. Skrin itu sendiri terdiri daripada sel-sel. Di dalam setiap sel, dua panel kaca dipisahkan oleh celah sempit di mana gas neon-xenon disuntikkan dan ditutup dalam bentuk plasma semasa proses pengeluaran. Gas ini akan dicaskan secara elektrik pada sela tertentu apabila TV Plasma ini sedang digunakan. Gas bercas tadi kemudian mengetuk phosphor merah, hijau, dan biru , sehingga mencipta sebuah gambar televisyen. Setiap kumpulanphosphor merah, hijau, dan biru ini disebut pixel (elemen gambar).



TV LCD......


Screen macam plastik.
Ringan.
Quality gamba sama macam plasma.
Kena teliti betul2 baru nampak perbezaan.
Ada possibility utk dead pix.
harga sekarang dah jadi mampu milik..
kurang silauan lampu atau cahaya...kerana skrin bukan daripada kaca....
risiko skrin pecah adalah sikit....
TV LCD pula menggunakan teknologi yang berbeza. Secara umumnya panel LCD dibuat daripada dua lapisan bahan telus, yang mana terpolarisasi dan dilekatkan antara satu sama lain. Salah satu lapisan disalut dengan polimer khas yang memegang setiap individu hablur cecair. Tenaga elektrik kemudian dialirkan melalui setiap individu hablur yang mana membenarkan kristal untuk meneluskan atau menyekat cahaya bagi membentuk imej. Kristal LCD tidak menghasilkan cahaya mereka sendiri, jadi sumber cahaya luaran, seperti mentol lampu neon diperlukan supaya imej yang dicipta oleh LCD tadi dapat di lihat oleh penonton.  

Tidak seperti TV CRT dan TV plasma, disebabkan tiada phosphor yang menyala, kurang tenaga yang diperlukan untuk operasi dan sumber cahaya dalam TV LCD menghasilkan kepanasan yang kurang berbanding TV plasma atau TV tradisional. Juga, kerana sifat teknologi LCD, tiada radiasi yang dipancarkan dari skrin itu sendiri.





TV LED.......
Quality gamba cantik
- Terbaru...mahal lagi...32" LED da sama dengan rege 42" LCD
- Gambar kontrast tinggi sangat terang sebab setiap piksel dihasilkan oleh sebiji LED yang ade kaler biru,merah,hijau.kalo brand SHARP terbaru,die tambah kaler kuning.
- Jimat tenaga,sebab pakai LED yang tak banyak guna power.Bila nak wat warna hitam,die takyah nyalakan langsung piksel yang berkaitan.
- Life span panjang,kurang kepanasan dan saiz panel jadi semakin nipis.dan mesra alam sebab pakai mercury free technology.
-warna hitam lebih asli.... 
LED xde sama mcm TV biasa..kualitinya pula, bukan biasa2 aja..tapi luar biasa..LED punya teknologi guna lampu LED utk generate picture pada Skrinnya..bukan 1 lampu LED..tapi banyak giler..
-kalo semasa anda menonton filem @ drama dan pada masa itu, scene cerita itu memaparkan waktu siang ataupon memaparkan pelbagai warna..maknanya lebih banyak lampu LED akan beroperasi atau mengeluarkan cahaya pada skrin LED TV.
-sebaliknya, jika pada masa itu, cerita itu mengisahkan tetang waktu malam, atau dalam hutan atau terowong gelap, maka hanya sesetengah lampu LED saja yg beroperasi..dan yg selebihnya tidak beroperasi..kerana lampu LED tidak menghasilkan warna hitam..sebab itu, LED TV ini menjimatkan elektrik..lampu LED berfungsi hanya bila ada keperluan.
-jika dalam beratus2 lampu LED itu, ada 3-5 lampu LED yg pecah @ rosak..LED TV masih boleh beroperasi seperti biasa..cuma dari segi pengalaman, kita masih tidak tahu..sejauh mana lampu LED boleh bertahan.


so,,,setakat ini sahaja info yang saya dapat bantuan google ke forum2 internet,,,,
^_^ bagi saya tv yang mahal sudah tentu mempunyai ciri yang best....so,,,semakin mahal harga tv,semakin banyak ciri canggih yang dibekalkan.... ^_^